Jul
30

JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

Posted by dila

JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. Hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

* Thanks Harni for sharing this info…

Jul
30

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Posted by dila

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara
bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a - Ini adalah salah satu kaedah yang
sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku
bersih.”

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini
merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di-
ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan
semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan
menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,
penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah”
sebanyak 3X..

5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu
sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk
diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku
sebenarnya……(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur,
senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku, cuci
hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.”
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan
sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2
kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,
tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut… dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

“Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.”

Jul
30

Petua dari Ibu

Posted by dila

PETUA DARI IBU….

Ramai ibu bapa selalu lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur.

Ini ada satu petua dari ibu saya

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.

Selamat mencuba……

Mar
25

eBook Si Manja Pintar Idaman Setiap Ibu Bapa telah terbit!

Posted by dila

Assalamualaikum semua,

Dengan sukacitanya, saya melancarkan ebook saya yang kedua iaitu Si Manja Pintar Idaman Setiap Ibu Bapa.

Saya terpanggil untuk menghasilkan ebook ini kerana saya begitu menyukai dan mengimpikan anak-anak yang cerdik pandai dan suka melihat kaletahnya yang mencuit hati. Apa yang harus anda semua ketahui ialah kemampuan setiap anak yang lahir adalah sama, meskipun dikatakan kebijaksanaan dan kepintaran itu diwarisi adalah TIDAK BENAR sama sekali.

Anda sudah tentunya tidak mahu anak-anak anda ketinggalan memiliki keputusan peperiksaan yang baik, disenangi semua orang dan membanggakan hati anda.

Kebijaksanaan dan kepintaran itu sebenarnya terhasil daripada persekitaran dan rangsangan yang dialami dan diterima oleh anak anda.
Bentuklah kepintaran anak anda selagi anda mampu untuk melakukannya agar anda tidak menyesal di kemudian hari
.

Anda sebagai ibu bapa lah yang memainkan peranan utama
untuk membentuk si manja pintar!

Dengan memiliki ebook Si Manja Pintar Idaman Setiap Ibu Bapa ini pastinya anda akan berjaya memperoleh Anak Pintar!

” Anda Idamkan Anak Pintar dan keluarga yang harmoni dan bahagia? “Cungkil rahsia dan tips mendidik, membentuk dan membimbing si manja
dengan cara paling fleksibel dan praktikal!
Rebut peluang ini untuk mula merangsang kepintaran anak anda dengan teknik,tip-tips dan kaedahberkesan dengan ebook Si Manja Pintar Idaman Setiap Ibu Bapa ini!

OOOPPPSSS….ADA BONUS UTK ANDA :!:

~ BONUS ~

 Wasiat Luqman al-Hakim

Luqman al-Hakim terkenal dengan kebijaksanaannya di dalam mendidik anak dengan nasihat-nasihat yang berguna.

 Nama-nama Indah Dalam Islam

Memuatkan pelbagai nama-nama indah yang mungkin sesuai untuk anak anda

 Asas untuk bakal ibu : Sayang Anakku Sayang

- Senarai keperluan ke hospital
- Keperluan ibu ketika hamil dan dalam pantang
- Senarai keperluan barang-barang bayi

Cepat!! Tawaran ini terhad kepada 50 orang terawal sahaja!!Berapa harganya? Rm 45? Rm 35? . Hanya RM 25 sahaja :!: Ya…tunggu apalagi?!! :mrgreen:

BERTINDAK SEKARANG :!: :wink:

_____________________________________________ 

Ia tidak boleh diedar, dicetak dan seumpamanya tanpa kebenaran daripada pihak penulisadmin[a]simanjapintar.com* gantikan tanda [a] kepada @

 ___________________________________

TESTIMONI eBOOK Si Manja Pintar Idaman Setiap Ibu Bapa

Salam,Memiliki si manja yang pintar lagi cerdas sememangnya idaman setiap ibu bapa. Semenjak dari dalam kandungan, sehingga selepas kelahiran, sememangnya setiap detik bersama si manja, adalah sesuatu yang berharga.

Kalau boleh, nak sangat anak-anak kecil ini cepat membesar, dan menjadi cerdik dan cerdas!

Sebelum ini, saya cuma mengetahui secara umum tentang pemakanan si manja, dan sedikit mengenai barang permainannya. Namun begitu, syukur saya ke hadrat Illahi, kerana kini saya telah di ketemukan dengan EBook ini yang amat beharga. Ia menekankan lebih mengenai pemakanan bayi, permainan dan pembacaan. Juga, ada di huraikan mengenai amalan ketika hamil! Ini pasti sangat membantu ibu-ibu muda, juga ibu-ibu yang lainnya.

Paling menarik, apabila saya membaca bahagian permainan untuk bayi. Di sertakan dengan gambar, pastinya mudah untuk para ibu untuk mendapatkannya kelak. Kerana sebelum ini, kebanyakan pembacaan saya tertumpu kepada namanya saja, tetapi tidak tahu rupa bentuknya.

Sekali lagi, EBook ini adalah sangat bernilai. Ilmu di dalamnya memudahkan anda untuk menempuhi hari-hari ceria bersama si manja pintar!

Dik Mal

http://www.motivasikejayaan.com
http://www.dikmal.com/blog

Mar
06

Pertandingan Bayi Comel / Baby Cute Contest

Posted by dila

Salamz sejahtera kepada semua,

Pada bln Mac ini saya akan mengadakan Pertandingan Bayi Comel.

Penyertaan dari anda amatlah dialu-alukan.

syarat2 pertandingan (tambahan)

1. Gambar yang telah di hantar akan menjadi hakmilik Little Sunshine e-Store.

2. Para pemenang yang terpilih akan menjadi model ebook yang bakal diterbitkan.

3. Layari http://eshop.portalniaga.comutk melakukan pembelian minimum supaya anda layak utk menyertai pertandingan ini.

T&C TAMBAHAN

* Sila hantar 2 kpg gmbr terbaik sahaja kepada saya. Saiz ialah 450 x 450 pixels. Sila pastikan gambar yang anda hantar tidak melebihi daripada saiz yang ditetapkan.

* Sila hantar gambar samada melalui email seperti di atas atau pm.

* Gambar yang telah dihantar TIDAK BOLEH ditukar dengan gambar yang baru. Terima kasih

MAKLUMAN

Sila hantar maklumat seperti berikut mengikut format :-

Nama anak :
Tarikh lahir anak :
Nama ibu :
Nickname ibu di WMC:
Alamat :
Telefon :

Sila pastikan saiz gmbr yg di hantar 450×450 pixels shj…

Kerjasama anda amat2 la dialukan…Harap maklum ya…

Kategori Hadiah

Saguhati

Keempat-Keenam Rm 35
Ketujuh-Kesepuluh Rm 20

Saguhati

Tempat keempat- Keenam Rm 40
Tempat Ketujuh - Kesepuluh Rm 25

Mar
02

Barbie as Rapunzel (Part 1-3)

Posted by dila

Feb
28

Fulla - Muslimah Dolls from Arabia

Posted by dila

Di sini saya muatkan beberapa koleksi Fulla dan video Fulla, muslimah dolls dari Arab. Seperti muslimah Islam yang lain, Fulla memenuhi syariat tuntutan Islam untuk menutup aurat. Fulla seringkali dilihat memakai tudung dan berjubah. Jika anda berminat untuk mendapatkannya sila inform kepada saya.

tQ

fulla

Feb
28

Ya Taiba - with lyrics

Posted by dila

Feb
28

Hala Sabbagh - Ya Taiba’

Posted by dila

Feb
19

Ebook Tips Mendidik Anak Pintar & Cerdas

Posted by dila

Hi semua,

Sori disebabkan agak bz ngan memacam projek yg nk dibuat serentak, tak sempat nk sentuh blog ini.

Kini saya melancarkan ebook saya yang pertama

tips didik anak 

Buku ini saya berikan PERCUMA sahaja. Tawaran ini hanya dibuka sehingga 28 Februari 2008 shj :)

Apa yg akan anda dapat apabila memiliki ebook ini?

Anda akan tahu apakah aspek pemakanan yg perlu ditekankan untuk membentuk anak pintar

Anda akan mengetahui utk memilih permainan apakah yang paling sesuai untuk anak anda

Anda juga akan mengetahui cara-cara untuk mengalakkan anak anda membaca..

Jom kita baca ebook ini…

MENARIK! Very Happy

x rugi..sbb FREE jer..malah amat bermanfaat utk anak anda Smile 

Inform sy cepat jika berminat.

tQ